Make your own free website on Tripod.com
 
 
 
 
Laman Alumni IBMM 96-99 - URL: http://members.tripod.com/ibmm/ - November 1999 
 

Kandungan:-


 
 
 
 
Assalamualaikum W.T.H,   

Bersyukur kepada Allah SWT, kerana telah meredhakan penubuhan ALUMNI (Persatuan Bekas Pelajar)Institut Bahasa Melayu Malaysia (IBMM) bagi mengeratkan silaturrahim antara kita apabila terpisah kelak. Antara lain penubuhan ini adalah untuk mempertemukan semula barisan pelajar supaya perhubungan sesama kita tidak terputus begitu sahaja.   

Saya cukup bersyukur kerana rakan-rakan begitu bersungguh-sungguh untuk membantu menubuhkan ALUMNI ini tanpa keraguan. Ini menunjukkan perpaduan antara kita tidak pernah luntur dan tetap kukuh walaupun untuk selamanya.Kejayaan yang dihasilkan oleh rakan-rakan telah membayangkan kemampuan dan kehebatan guru pelatih barisan DPM yang bakal memimpin generasi akan datang ke gerbang kegemilangan.Sesungguhnya penubuhan ALUMNI ini mencerminkan kerjasama yang erat antara semua guru pelatih dan pemupukan budaya mesra dengan pihak pentadbir IBMM.   

Dalam menempuh kedatangan alaf baru ini, saya mewakili semua ahli Alumni IBMM berjanji akan memberikan komitmen sepenuhnya dalam usaha pembangunan negara Malaysia. Sesungguhny dengan terzahirnya Putrajaya serta Koridor Raya Multimedia (MSC) telah membuktikan kemampuan pemimpin-pemimpin kita, apatah lagi Sekolah Bestari adalah 'flagship' utama MSC. Di sini kami berikrar akan menyumbangkan sepenuhnya tenaga kami dalam usaha menjadikan Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia serta melahirkan pemimpin alaf baru yang beracuankan Bumi Malaysia.   

Saya berjanji akan cuba sedaya upaya saya untuk berkhidmat dengan sebaik mungkin hasil bantuan dan dorongan rakan-rakan. Saya percaya ALUMNI ini akan terus maju dan berkembang dengan sempurna tanpa sebarang persengketaan. Akhir kata biarkan persahabatan yang kita bina ini akan kekal untuk selama-lamanya.   
Sekian, terima kasih. Wassalam.   
   

Azizul Shah Bin Abdul Rahman  
Presiden,    
Alumni InstitutBahasa Melayu Malaysia. 




Laman Alumni IBMM 96-99 - URL: http://members.tripod.com/ibmm/ - November 1999